Saturday, October 11, 2008

BAHASA MELAYU 1

Asal Usul Bahasa Melayu

1.0 PENGENALAN

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1.1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
1.2. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
1.3. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
1.4. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
1.5. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austronesia) yang bergerak dari Yunan.

2.0 ASAL USUL BANGSA MELAYU.

2.1. Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan..
2.2. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
2.2.1. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi).
2.2.2. Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
2.3. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro.
2.3.1. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi.
2.3.2. Keturunannya orang Melayu di Malaysia.
2.3.3. Dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto.
2.3.4. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
2.3.5. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
2.3.6. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
2.4. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
2.5. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.




Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austronesia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minang kabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.



3.0 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.

3.1. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
Ø Bahasa Melayu Kuno,
Ø Bahasa Melayu Klasik,
Ø Bahasa Melayu Moden.
3.2. Bahasa Melayu Kuno.
3.2.1. Merupakan keluarga bahasa Nusantara.
3.2.2. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
3.2.3. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
3.2.4. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
3.2.4.1. Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
3.2.4.2. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
3.2.4.3. Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
3.2.5. Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
3.2.6. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
3.2.6.1. Pengaruh agama Hindu.
3.2.6.2. Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
3.2.6.3. Sifat bahasa Melayu yang mudah dibentur mengikut keadaan dan keperluan.
3.2.7. Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
3.2.7.1. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M).
3.2.7.2. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M).
3.2.7.3. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M).
3.2.7.4. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M).
3.2.8. Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
3.2.9. Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
3.2.9.1. Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit.
3.2.9.2. Susunan ayat bersifat Melayu.
3.2.9.3. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan).
3.2.9.4. bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan).
3.2.9.5. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas - marlapas).
3.2.9.6. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat).
3.2.9.7. Ada bunyi konsonan yang di aspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta).
3.2.9.8. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua - samuha, saya: sahaya).
3.3. Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik.
3.3.1. Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
3.3.2. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
3.3.3. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
3.3.3.1. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356).
3.3.3.1.1. ditulis dalam huruf India.
3.3.3.1.2. mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.
3.3.3.1.3. bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
3.3.3.2. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380).
3.3.3.2.1. masih memakai abjad India.
3.3.3.2.2. buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.
3.3.3.3. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387).
3.3.3.3.1. ditulis dalam tulisan Jawi.
3.3.3.3.2. membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
3.3.3.4. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
3.4. Bahasa Melayu Klasik.
3.4.1. Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
3.4.1.1. Zaman kerajaan Melaka
3.4.1.2. Zaman kerajaan Acheh
3.4.1.3. Zaman kerajaan Johor - Riau
3.4.2. Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
3.4.3. Ciri-ciri bahasa klasik:
3.4.3.1. ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
3.4.3.2. banyak ayat pasif menggunakan bahasa istana.
3.4.3.3. kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
3.4.3.4. banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
3.4.3.5. ayat songsang.
3.4.3.6. banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''.
3.5. Bahasa Melayu Moden.
3.5.1. Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
3.5.2. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
3.5.3. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
3.5.4. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
3.5.5. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.



Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu
1.0 PENGENALAN

1.1. Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman.

2.0 UNSUR-UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU.

2.1. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda, perkara (fenomena)
2.2. Perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.
2.3. Kegemaran menggunakan bahasa asing.
2.4. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengagungkan bahasa asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab.
2.5. Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman:
2.5.1. huruf atau sistem tulisan.
2.5.2. bunyi-bunyi.
2.5.3. Imbuhan.
2.5.4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan
2.5.5. struktur ayat.
2.6. jenis-jenis peminjaman
2.6.1. peminjaman tulen (matematik, bonus).
2.6.2. peminjaman kacukan (kasut but)
2.6.3. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam).
2.6.4. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).
2.6.5. peminjaman kuno (purnama).
2.6.6. peminjaman berpindah (vokal/vowel).
2.7. Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut:

Sanskrit - Arab - Indonesia - Inggeris





















3.0 BUNYI-BUNYI ASING.

3.1. Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu, memang terdapat pinjaman daripada bahasa-bahasa Arab, Inggeris dan Sanskrit.
3.2. Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/ seperti dala perkataan syurga, swadaya, swasta, swalayan dan swasenyawa.
3.3. Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula, terdapat bunyi-bunyi seperti dalam jadual di bawah. Bunyi /sy/ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya daripada bahasa Arab dan Parsi pula.

Bunyi
Contoh Perkataan
/sy/
syarikat, syamsiah, syarak, isyarat, isyak
/kh/
khabar, khadam, khas, bakhil, tarikh
/gh/
ghairah, ghalib, ghazal, maghrib
/f/
fakir, fitrah, tafsir, tafahus, mualaf
/dh/
darab, darurat, kadi, fardu, haid (bunyi ini dilambangkan dengna huruf d)
/z/
zalim, zaman, wazir
/th/
sabit, selasa, isnin, misal, hadis (disebut sebagai `s')
/q/
qari, qadim, furqan

3.4. Daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah lain) bahasa Melayu telah meminjam bunyi-bunyi seperti berikut (lihat jadual):

Bunyi
Contoh Perkataan
/f/
fasa, fokus, kafe, sofa lif, staf
/v/
vaksin, vakum, novel, televisyen
/sy/
syampu, syif, televisyen, kusyen
/z/
zip, zon, dozen, gazet

4.0 IMBUHAN ASING

4.1. Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan Inggeris-Eropah.
4.2. Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. Lihat jadual di bawah.

Sumber
Jenis Imbuhan
Imbuhan
Contoh Perkataan
Sanskrit
awalan
maha-
maharaja, mahaguru, mahasiswa
pra-
prakata, prasangka, prauniversiti
tata-
tatacara, tatarakyat, tatasusila
swa-
swasta, swadaya, swalayan
eka-
ekabahasa, ekafungsi, ekanada
dwi-
dwibahasa
panca-
pancaindera, pancalogam,.
akhiran
-man
seniman, budiman
-wan
karyawan, hartawan
-nita
biduanita
-wati
seniwati, angkasawati
Arab-Parsi
Awalan
bi-
binomial, biadab, bimormal
Akhiran
-i
abadai, insani, akhiri
-wi
duniawi
-iah
ilmiah
-in
hadirin
-ah
ustazah
-at
hadirat
Inggeris-Eropah
Awalan
anti-
antibiotik, anti-Yahudi
pro-
prokerajaan, pro-Amerika
poli-
poliklinik
auto-
autonomi, autograf
sub-
subgolongan, subbidang
supra-
supranasional, suprakelas
Akhiran
-al
klinikal, kritikal, praktikal
-isme
idealisme, nasionalisme

5.0 PENGARUH BAHASA INGGERIS.

5.1. Aspek Pinjaman.
5.1.1. Kosa kata: lokap, komen, polis, saman, notis, doktor, warden, bas, lori, kelas, sarjan, lesen, tenis, elaun, aiskrim, opera, motokar, radio, reformasi, demokrasi, nepotisme, teknologi, sains, komputer.
5.2. Pinjaman Nahu.
5.2.1. Kopula/kata pemeri: Ialah dan adalah (is).
5.2.2. Pinjaman Peribahasa: Beban kerja (work load), bulan madu (honey moon), ulat buku (book worm), hitam putih (black and white), di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where there's a will there's a way).










Variasi Bahasa

1.0 Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.

Variasi bahasa
Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
Dialek
Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.
Idiolek
Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.
merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.
Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.
Dialek kawasan
Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.
Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Dialek sosial
Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.






2.0 Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial. Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:


3.0 Berdasarkan konteks yang umum, penggunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.
3.1. Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.
3.2. Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.
3.3. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.








3.4. Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal

Ragam Bahasa Bebas
Bahasa Terkawal
Ayat yang tidak gramatis.
Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.
Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu.
Ayat yang gramatis
Mementingkan aspek-aspek sebutan intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.
Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.

3.5. Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal

Ragam Bahasa Mesra
Ragam Bahasa Formal
Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya.
Ciri-ciri lain:
a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap




3.6. Bahasa Slanga
3.6.1. Bahasa tidak rasmi, tidak baku. Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard. Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.

3.7. Bahasa Basahan

3.7.1. Juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:
3.7.1.1. perkataan berbeza untuk makna yang serupa
Bahasa Baku
Bahasa Basahan
mengapa
kenapa
bagaimana
macam mana
sedang
tengah






3.7.1.2. bentuk kependekan
Bahasa Baku
Bahasa Basahan
hendak
nak
tidak
tak
sudah
dah

3.7.1.3. perubahan bunyi
Bahasa Baku
Bahasa Basahan
ambil
ambik
kecil
kecik
pula
pulak

3.8. Bahasa Pasar
Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu. Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan. Contoh: Penggunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua). Menggunakan banyak sebagai kata penguat, contoh: banyak cantik. Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.

3.9. Bahasa Halus
Bahasa halus wujud kerana pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama. Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, ke kanda, bonda dan nenda. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang. Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua. Berikut diturunkan beberapa contoh:
Bahasa Basahan
Bahasa Halus
kencing
Buang air kecil
berak
Buang air besar
mengandung/bunting
Berbadan dua
kubur
makam

3.10. Bahasa Kasar
Bahasa yang dihamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata kesat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya. Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar. Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana ada kalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka dianggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.





3.11. Dialek
variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut. Dialek ditentukan oleh faktor geografi dan sosial. Dialek berbeza dari segi:


3.11.1. Sebutan
Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.
3.11.2. Gaya lagu bahasa
Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.
3.11.3. Tatabahasa
Contoh: penggunaan imbuhan per- dan –kan,. perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).
3.11.4. Kosa kata
Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)
3.11.5. kata ganti diri
Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya) Hang (dialek utara bermaksud kamu)

















Laras Bahasa
1.0 PENGENALAN
Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana digunakan. Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara. Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan. Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa. Contoh: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza. Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, itu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

Tiga Dimensi Laras (Halliday)
Tajuk wacana
merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, suka, pendidikan, matematik dan sebagainya.
Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.
Jika wacana merupakan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikan fokus kepada perkara yang dibincangkan.
Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak , ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

Cara penyampaian
Sama ada wacana berkenaan disampaikan secara lisan atau tulisan.
Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa?
Jika tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan?
Gaya penyampaian
mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.
Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaikan dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif?


2.0 JENIS DAN CIRI LARAS BAHASA
Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus. Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan). Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku). Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah kosa kata, tatabahasa, dan gaya

2.1. Laras Bahasa Biasa
Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.) Laras biasa ialah laras bahasa yang digunakan untuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan). Gayat ayat sederhana, ringkas dan padat. Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang memijak rumput. Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

Laras Bahasa Biasa
Formal/Rasmi
Tak Formal
Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.
Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

2.2. Laras Bahasa Perniagaan
Mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindakan. Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya. Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
2.2.1. slogan: Kami Ada Cara
2.2.2. Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
2.2.3. Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
2.2.4. Perisytiharan: Waja dengan Aksesori Lengkap
2.2.5. Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
2.2.6. Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan
2.2.7. Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
2.2.8. Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
2.2.9. Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z

2.3. Laras Bahasa Akademik
Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan. Bersifat teknikal. Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan tesis, penulis perlu mengikut format tertentu seperti perlu ada catatan bibliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab. Menggunakan istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.

2.4. Laras Bahasa Undang-Undang
Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.


2.5. Laras bahasa media
Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah. Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca akhbar. Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikilah, pertama, bahasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas dan ketiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai. Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

2.6. Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, prekriptif, dramatik dan puitis. Beberapa ciri bahasa sastera:
2.6.1. kreatif dan imaginatif: kabur mesej
2.6.2. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
2.6.3. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan sebagainya.
2.6.4. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
2.6.5. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

2.7. Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab. Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab. Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

3.0 KESIMPULAN
Golongan laras
Bidang
Situasi
Contoh Bahan
Biasa
Hiburan
Pengetahuan
Maklumat
Upacara/.Majlis
Khalayak Umum
Berita, laporan. iklan, surat peribadi
Ucapan syarahan
Acara majlis umum
Doa, khutbah
Khusus
Doa-khutbah
Teknikal
Ilmiah
Khalayak Umum
Acara majlis rasmi
Rencana, ekonomi, undang-unang, fizik, kimia, dan lain-lain.
Tesis, rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.





Wacana
1.0 Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana.

2.0 Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja.

3.0 Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi.

4.0 Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai:
4.1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan
4.2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen)

5.0 Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.

6.0 Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:
6.1. pendahuluan
6.2. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)
6.3. penutup
6.4. graf, jadual, peta dan statistik

7.0 Ia dapat digambarkan seperti berikut
8.0 Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (penggambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan










9.0 Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana
Fungsi
Contoh
1. Tambahan
dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping.
2. Urutan
pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya.
3. Penyataan semula
iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan.
4. Contoh
contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.
5. Rumusan
rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
6. Tempat
berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.
7. Waktu
apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.
8. Sebab dan kesan
oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.
9. Bandingan
seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.
10. Pertentangan
tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.
11. Pengesahan
sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.
















Retorik
1.0 Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan

2.0 Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau berbentuk propaganda, retorik adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi, sikap, dan pendirian orang ramai

3.0 Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan
3.1. penguasaan tatabahasa
3.2. penggunaan pelbagai ragam bahasa
3.3. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik
3.4. penguasaan corak dan bentuk penulisan

4.0 Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi orang, maka wacana yang terhasil merupakan manifestasi yang dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Di samping itu struktur wacana pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Retorik dikembangkan dengan empat cara, iaitu naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan), atau penghujahan.

5.0 Di samping itu, penulisan boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi.
Induktif
Mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk khusus dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan.
Deduktif
Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yang khusus.
Analogi
Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan antara dua perkara atau senario.

Naratif
Deskriptif
Eksposisi
Penghujahan
- Gaya naratif boleh ditemui pada laporan akhbar, laporan aktiviti, minit mesyuarat atau ceramah syarahan yang menerangkan sesuatu.

- Menerangkan atau memerikan sesuatu.
- Menggunakan pemerhatian dan pengamatannya untuk menerangkan sesuatu hal. Di tahap yang lebih halus, penulis ada kalanya menggunakan pancainderanya, di samping perasaan hati dan pandangannya.
- Penulis menggambarkan peristiwa, contoh kiasan dan sebagainya.
- Pengalaman seseorang, watak-watak dalam novel, drama dan sebagainya.
- Dengan cara deksriptif ini, penulis boleh menggunakan teknik-teknik induktif, deduktif atau analogi.

- Mendedahkan sesuatu isu, perkara.
-Cara ini sesuai digunakan untuk menjelaskan konsep, pandangan, cadangan, proses, atau sejarah sesuatu, dengan menggunakan mana-mana teknik sama ada deduktif, induktif atau analogi.

- Cara penulis menunjukkan kebenaran pendapat sama ada menentang, menyookong atau menunjukjkan sikap berkecuali.
-Kebenaran yang hendak ditunjukkan mestilh berasakan fakta atau bukti yang konkrit.
-Kebenaran tidak berasaskan emosi sahaja.





































Kesantunan Bahasa
1.0 Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa

2.0 Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

3.0 Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.

4.0 Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

5.0 Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

6.0 Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib'

7.0 Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

8.0 Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

9.0 Lihat contoh berikut:

Pak
Digunakan untuk orang lelaki yang Sama sebaya dengan ayah kendiri.
Mak
Digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
Tok
Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
Abang
Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.
Kakak
Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.
Adik
Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada kendiri.

10.0 Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik

11.0 Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:
11.1. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.

Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

11.2. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan

Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

12.0 Gelaran Pergaulan Bebas
Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja

13.0 Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
13.1. Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
13.2. Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
13.3. Puan - untuk perempuan sahaja ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
13.4. Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
13.5. Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
13.6. Tentuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termasuk syarikat guaman) seperti: Tentuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.).

14.0 Gelaran Warisan
14.1. Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
14.2. Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu).
14.3. Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syeikh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
14.4. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh)

15.0 Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu).

Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.



16.0 Gabungan Gelaran
16.1. kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji
16.2. Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji
16.3. Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.
16.4. Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik.
16.5. Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji.
16.6. Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman.

17.0 Rujukan Hormat

Orang Yang Disapa
Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
Duli Yang Maha Mulia
Balu Raja
Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Mahkota
Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib
Yang Amat Mulia
Bergelar warisan
Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
Yang Berhormat
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja
Yang Berhormat Mulia
Tun, Toh Puan
Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara
Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara
Yang Amat Setia
Hakim, Kadi
Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam
Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran
Yang Berusaha











Bunyi Bahasa Melayu
1.0 DEFINISI FONOLOGI

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa

2.0 ALAT-ALAT SEBUTAN

Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti berikut:
Bibir
Gigi
Gusi Lelangit keras
Lelangit lembut
Anak tekak
Lidah

Rongga tekak
Rongga mulut
Rongga hidung
Paru-paru
Peti suara dan pita suara


3.0 ALAT-ALAT SEBUTAN

Dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
3.1. pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya
3.2. daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras

4.0 PENGGOLONGAN BUNYI BAHASA MELAYU
4.1. Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong
4.2. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.
4.2.1. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit.
4.2.2. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.
4.2.3. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal.
4.3. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui rongga mulut atau rongga hidung.
4.3.1. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.
4.4. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain.
4.4.1. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.
4.4.2. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].



5.0 VOKAL

5.1. Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.
Lambang fonetik
Contoh perkataan
Nota
[a]
anak, tanah, lada

[è]
ela, semak, sate

[i]
iring, kita, seri

[]
emak, betul
Tidak terdapat di hujung perkataan
[o]
obor, botak, moto

[u]
ular, sultan, saku


6.0 KONSONAN ASLI BAHASA Melayu

6.1. Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman.
6.2. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.
6.3. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan.
6.4. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.
[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]

7.0 FONEM

7.1. Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.
7.2. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu.
7.3. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.
7.4. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.
7.5. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.
7.6. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

8.0 ALOFON

8.1. Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.
8.2. Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.
8.3. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.
8.4. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.





9.0 SUKU KATA.

9.1. Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
9.2. Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka.
9.3. Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata:
9.3.1. Kata tunggal satu suku kata.
Suku kata
Contoh
KV
yu
VK
am
KKVK
draf, gred. brek

9.3.2. Kata tunggal dua suku kata
Suku Kata
Contoh
V + KV
ibu, ela, era
V + VK
air, aib
V + KVK
adat, emas
VK + KV
anda, unta, angsa
VK + KVK
antah, untuk, ingkar,
KV + KVK
bukan, dekat

9.3.3. Kata tunggal tiga suku kata.
Suku Kata
Contoh
KV+V+KV
biasa, cuaca, suara
KV + V +KV
kaedah
V + KV + V
abai, usia
KV+KV+VK
maruah, peluang
KV+KVK+KVK
kelompok, kumandang

9.3.4. Kata tunggal empat suku kata
Suku Kata
Contoh
KV+KV+KV+KV
panorama
KV+KV+KV+KVK
masyarakakat
KVK+KV+V+KV
sentiasa

9.3.5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:
universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)



Tatabahasa Bahasa
1.0 PENGENALAN.

1.1. Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis
1.2. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.
1.3. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem
1.4. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

2.0 MORFEM

2.1. Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan
2.2. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini Terdiri diripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum.
2.3. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num.
2.4. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum.
2.5. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
2.6. Latihan
2.6.1. Berapa bilangan morfem bagi setiap perkataan berikut:
2.6.1.1. memperjuangkan
2.6.1.2. memperlekeh
2.6.1.3. perjuangan
2.6.1.4. menduduki
2.6.1.5. dikasari
2.7. Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut:











Morfem bebas
Morfem terikat/imbuhan
1. Dapat berdiri sendiri, misalnya, minum, cuti, sekolah, periksa
2. mempunyai makna sendiri
1. Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, kan, ber
2. Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat.

:
2.8. Morfem terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut
2.8.1. Morfem terikat/imbuhan
2.8.2. Awalan - ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya, membaca, menghafal.
2.8.3. Akhiran - ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar
2.8.4. Sisipan - diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar - misalnya, telapak (tapak).
2.8.5. Apitan - ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per……..an, permainan.








Konsep Perkataan.
Konsep Perkataan

Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna
Kata boleh dibahagikan kepada berikut:


Latihan

Tukarkan bentuk kata dasar berikut kepada sebanyak mungkin kata imbuhan yang berlainan maknanya.

i. Makan
ii. Minum
iii. Tulen
iv. Pergi
v. Baik
vi. Lelaki
vii. Wanita
viii. Banjir
ix. Asing


Bentuk-bentuk Kata
Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut:

Kata tunggal
i. Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain.
ii. Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya; Mara, Petronas, Lada, tadika (taman didikan kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya.
iii. Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengan singkatan.
iv. Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan seperti IT untuk teknologi maklumat (information technology) dan PM untuk Perdana Menteri.
v. Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim.
Kata terbitan
i. Terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan.

Kata majmuk
i. Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar.
ii. Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi tergolong dalam frasa.
iii. Misalnya; Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadi budak itu berlari, atau budak yang berlari itu.
iv. Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan. (lihat lampiran 1)
Kata ganda
i. Kata ganda ialah pengulangan kata dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa), seperti gila-gila, gula-gula, suka-suka, labah-labah, rama-rama dan sebagainya.
ii. Contoh penggandaan separa ialah pepatung, lelabah, sesekali dan sebagainya.



Latihan

i. Cari sebanyak mungkin akar kata bahasa Melayu , dan bincangkan dengan guru kelas anda untuk memperkaya perbendaharaan kata. (sia rujuk tesaurus aau kamus jika perlu)

ii. Baca petikan berikut dan bezakan mengikut kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.

Mengikut D. Mitchell, nilai membawa maksud ``…scarce objects of socially conditioned desire unevenly distributed and differently ranked.'' Ertinya, nilai adalah sesuatu yang dingini oleh masyarkat kerana ia dianggap baik dan berharga. Namun begitu ia tidaklah sama bagi semua keadaan dan tempat mahupun masa.
Akibat kolonialisme sering dibincangkan dan sering pula kita rasakan dalam siri tulisan kita. Tapi, jaringan yang kompleks dan kesan yang dalam serta panjang seperti yang dianalisis oleh Edward Said, jarang kita fahami. Katanya, ``…orientalist reality is both antihuman and persistently. Its scope, as much as its institutions and all pervasive influence last up toe the present.'' Lebih daripada melemahkan peribadi sesuatu bangsa, sikap dan nilai orientalis itu antimanusia.
Seorang orientalis dengan pendekatannya mendukung prasangka terhadap bangsa yang dijajah dan melawan atau menafikan dasar-dasar kemanusiaan dengan membahagikan dan membeza-bezakannya ke dalam kategori yang luas dan tidak dapat dipertanggungjawabkan.
(Muhammad Hj. Salleh dan Harun Mat Piah, 1987. ``Jalan Di Seberang Simpang: Arah Pengajian Sastera Melayu ``Tradisional'' dlm. Perkembangan Sastera Kebangsaan, DBP, hlm. 87.)



Proses Pembentukan Kata

Selain daripada kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan kata.

Proses berkenaan diterangkan melalui skema rajah berikut:






Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
Awalan
Varian
Contoh perkataan
contoh penggunaan
ke-
ke
kerabat, ketladak, kekasih
Kerabat diraja itu makan di warung sahaja.
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak
peN-
pe-
pewangi, peragut, pesalah
Orang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan.

pem-
pemfatwa, pemproses, pemberontak
Mesin pemproses sawit itu mahal harganya.

pen-
pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat
Pensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari

peng-
pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuh
Pengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak setiap hari.

penge-
pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom
Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri

pel-
pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon
Pelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.
peR-
per
pertapa
Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.
juru-
juru-
jurutaip, jururunding, jurubahasa
Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan.
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar)
dwi-
dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran
Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris.
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-)
eka-
ekabahasa, ekakaum, ekafungsi
Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara
pasca-(dirujuk kepada `selepas')
pasca-
pascasiswazah
Pengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran.
pra-(menunjukkan makna `sebelum')
pra-
prasejarah, prakemerdekaan
Ahli arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah.
swa-menunjukkan maksud `sendiri')
swa-
swalayan, swamodal, swakarya
Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu.

Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhiran
contoh perkataan
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk)
seniman, budiman
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya)
olahragawan, usahawan
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya)
pragawati, olahragawati
-an
pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan

Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitan
contoh perkataan
ke....an
kezaliman, kesenangan
pe...an
peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan
peN...an
penyusunan, pengurangan

Contoh imbuhan sisipan pada ayat
sisipan
contoh perkataan
-el-
telunjuk, kelengkeng, kelabut
-er-
keruping, seruling, serabut
-em-
kemuning, kemuncup, kemelut


Imbuhan kata kerja

Menerima tiga jenis imbuhan awalan, akhiran dan apitan.
Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja dengan imbuhan kata kerja seperti berikut:
gemerlap -------> bergemerlap
selereak----------> berselerak; menyelerakkan
Contoh imbuhan pada awalan
Akhiran
varian
contoh perkataan
beR-
be-
bekerja

bel-
belajar

ber-
berkawal, berhasrat, berziarah
meN
me-
melawat, merasa

mem-
memberi, memproses

meng-
mengelak, menggali, menghabiskan

menge-
mengebom, mengetin, mengelupur, mengesahkan
di-
di-
dipukul, dibaca
mempeR-
memper-
memperbaharu, memperhamba, memperluas, memperdalam
dipeR-
diper-
diperbaharui
teR-
te-
terasa, terasuk, terombak

ter-
terminum, terpisah, tercarut

Merumuskan akhiran yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya.
akhiran
contoh perkataan
-kan
buatkan, amalkan, ramaikan, selesaikan
-i
jauhi, turuti, masuki

contoh imbuhan apitan yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya
Imbuhan
varian
contoh perkataan
beR...an
ber...an
beranggapan, berdampingan

be...an
beratapan, berebutan
beR...kan
be-...-kan
berumahkan, berantaikan

ber-...-kan
bertajukkan, berbantalkan
meN...-kan
me-...-kan
memasukkan, merundingkan, meyakinkan

mem-...-kan
memberikan, mempastikan, memfatwakan

men-...-kan
mendirikan, menjadikan, menzahirkan

meng...-kan
mengambilkan,menggantikan, mengkanunkan

menge...-kan
mengeposkan, mengetinkan, mengesahkan
menN...i
me...i
meracuni, melindungi, meyakini

mem-...i
membeloti, mempelopori

men--...-i
menjalani, mensyukuri

meng-...-1
mengairi, mengekori, menghadiri, menggarami
mempeR-...kan
memper...-kan
memperhambakan, mempersendakan
ke...an
ke-...-an
kecurian, kemalangan, kesiangan
di....i
di-...-i
diragui, dikasihi, dirindui
di...kan
di-...-kan
dipulangkan, dibenarkan
dipeR...kan
diper-....-kan
diperkenankan, dipersembahkan, diperlihatkan

Imbuhan Kata Adjektif


Kata adjektif menerima tiga jenis imbuhan - awalan, apitan, dan sisipan.
Kata adjektif tidak menerima akhiran
Amati contoh-contoh berikut:
imbuhan
varian
contoh perkataan
contoh penggunaan
Awalan
teR-
te-
teramai, teruncing, terendah
Pesta jualan itu mencatat kedatangan pelanggan teramai pada tahun ini.

ter-
terbaik, tersohor, terindah
``Kaulah yang terbaik bagi diriku,'' katanya.
se-
se-
seindah, seganas, sebesar, sehebat
Persembahan pentas kumpulan rock itu sehebat artis-arti rock dari luar negara.
Apitan
ke...an
ke-...-an
kemelayuan, kebaratan, ketimuran
Walaupun cara beliau berpakaian agak kebaratan, tetapi pemikirannya padat dengan aspirasi kemelayuan.
Sisipan
-el-
-el-
gelembung, selerak
Minum bergas itu mempunyai gelembung udara
-er-
-er-
gerigi, serabut
sejak beristeri dua, fikirannya amat serabut.
-em-
-em-
gemilang, semerbak, gemerlap
Minyak wangi palsu itu semerbak baunya.
-in-
-in-
sinambung
usaha beliau dalam perniagaan merupakan kesinambungan bakat neneknya.


Pemajmukan

1. Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya.
2. Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya:
i. Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi
ii. Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam
iii. Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai
Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu:
i. Umum
ii. Istilah
iii. Kiasan/peribahasa

Kata Majmuk Umum
Kata majmuk umum terbahagi kepada:

i. Kata majmuk biasa
Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari

ii. Kata Majmuk Gelaran
Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar

Kata Majmuk Istilah Khusus
i. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.
Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja
Kata Majmuk Kiasan
i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya, misalnya:
Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin
Pengimbuhan Kata Majmuk

Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap.(lihat lampiran 1 dan 2 di bawah)
Lampiran 1
Kata dasar 1
Kata dasar 2
Kata majmuk
air
mata
air mata
ambil
alih
ambil alih
meja
tulis
meja tulis
ketua
menteri
ketua menteri
tanggung
jawab
tanggungjawab
antara
bangsa
antarabangsa


Lampiran 2
Kata dasar 1
Kata dasar 2
Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan
antara
bangsa
antarabangsa
apa
bila
apabila
apa
kala
apakala
apa
lagi
apalagi
bagai
mana
bagaimana
barang
kali
Barangkali
beri
tahu
Beritahu
bumi
putera
Bumiputera
dari
hal
darihal
dari
pada
Daripada
duka
cita
dukacita
hulu
balang
Hulubalang
jawatan
kuasa
jawatankuasa
kaki
tangan
Kakitangan
ke
pada
kepada
kerja
sama
Kerjasama
mana
kala
Manakala
Mata
hari
Matahari
olah
raga
olahraga
pada
hal
Padahal
Pesuruh
jaya
Pesuruhjaya
setia
usaha
setiausaha
suka
rela
sukarela
suruhan
jaya
Suruhanjaya
tanda
tangan
Tandatangan
tanggung
jawab
Tanggungjawab
warga
negara
warganegara
Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapiia dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan, seperti contoh pada jadual di bawah:
Kata Majmuk
Apitan
Ejaan
kuat kuasa
peN....an
penguatkuasaan
kemas kini
meN...kan
mengemaskinikan
anak tiri
meN...kan
menganaktirikan
ibu bapa
ke...an
keibubapaan
kuat kuasa
di...kan
dikuatkuasakan
campur aduk
peR...an
percampuradukan



Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah.
Imbuhan
Kata Majmuk
Kata Majmuk Terbitan
berR-
garis pusat
bergaris pusat
meN-
ambil alih
mengambil alih
peN-
cari gali
pencari gali
-an
daya serap
daya serapan
-kan
urus niaga
urus niagakan
Penggandaan

Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.

Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu

i. Gandaan penuh
ii. Gandaan separa
iii. Gandaan berentak
iv. Gandaan makna

3. Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu

i. penggandaan penuh
ii. penggandaan berentak
iii. pengandaan separa.



Penggandaan penuh

Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.
Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama majmuk.
Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang.

Contoh-contoh mengikut jenis kata adalah seperti berikut:

Kata nama tunggal
Alat
alat-alat
Budak
budak-budak
Rumah
rumah-rumah
Murid
Murid-murid
Kura
Kura-kura
Makan
Makan-makan
Tadika
Tadka-tadika

Kata nama terbitan
Ketua
ketua-ketua
Pekebun
pekebun-pekebun
Makanan
makanan-makanan
Persatuan
persatuan-persatuan
pejuang
pejuang-pejuang
Kedutaan
Kedutaan-kedutaan

Penggandaan Berentak

Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar.
Seluruh kata nama itu digandakan danbunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang dan diubah.
Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula, iaitu:
i. penggandaan suku kata awal
ii. penggandaan suku kata akhir
iii. penggandaan konsonan
iv. penggandaan bersisipan
v. penggandaan berakhiran

Bagaimanapun, pnggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi, atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan.
Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-)

Rentak pada pengulangan vokal atau diftong
Cerai
cerai-berai
Hina
Hina-dina
Sayu
Sayur-mayur


Rentak pengulangan konsonan
gunung
Gunung-ganang
susap
Susap-sasap
simpang
Simpang-siur


Penggandaan suku kata awal
Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh:
Bukit
bukit-bukau
Warna
warna warni
Batu
batu-batan

Penggandaan suku kata akhir
Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.
Contoh:
Sayur
sayur mayur
Kuih
kuih-muih
Lauk
lauk pauk

Penggandaan konsonan
Penggandaan jenis isni hanya mngulkang konsonan dalam kata dasar, tetapi vokalnya berubah
Contoh:
Gunung
gunung-ganang
Guruh
guruh-garah

Penggandaan bersisipan
Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya.
Contoh:
Tali
tali-temali
Gunung
gunung-ganang
Jari
jari jemari

Penggandaan berakhiran
Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknannya menjadi pelbagai.
Contoh:
Sayur
sayur-sayuran
Biji
Biji-bijian
Barang
barang-barangan

Penggandaan separa

Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.
Kata tunggal
(a) Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a /

Contoh:
Kata dasar
Penggandaan penuh
Penggandaan separa
laki
Laki-laki
Lelaki
langit
Langit-langit
Lelangit
suatu
Satu-satu
Sesuatu
budak
Budak-budak
Bebudak
siku
Siku-siku
sesiku


Kata terbitan
(a) penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara.
I. Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalamn dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau atau penggandaan separa depan.
II. Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan sengkang.

Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang)
Kata dasar
Kata terbitan
Kata ganda
bual
Ber + bual
Berbual-bual
cari
Ter + cari
Tercari-cari
gila
Ter + gila
Tergila-gila
borak
Ber + borak
Berborak=borak
akan
Se + akan
Seakan-akan



Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan)

Kata dasar
Kata terbitan
Kata ganda
anak
Ber + anak
Anak-beranak
kejar
Men + kejar
Kejar-mengejar



kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. (lihat lampiran)

Penggandaan Makna

Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh:

Ipar
ipar duai
Ipar
ipar lamai
Saudara
saudara mara



Makna Penggandaan

Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu:

a. menunjukkan banyak

buku
buku-buku
ketua
ketua-ketua
jabatan
jabatan-jabatan
gunung
gunung-ganang
bukit
bukit-bukau



b. membentuk nama haiwan
biri-biri
kupu-kupu
kunang-kunang
c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai
langit
langit-langit (menyerupai langit)
siku
siku-siku (menyerupai siku)
orang
orang-orang (menyerupai orang)
d. Menunjukkan pelbagai jenis
sayur
sayur-mayur
kuih
kuih-muih
saudara
saudara-mara

Latihan

a. Nyatakan jenis gandaan perkataan dalam ayat-ayat berikut:

Layang-layang putus talinya
Akan daki gunung-gemunung
Sumber zat makanan terdapat juga pada biji-bijian
Hutang-piutang beliau belum dibayar
Dia berkahwin dengan seseorang yang mempunyai ramai adik-beradik
Jari-jemari para penari itu lembut belaka
Pada waktu malam, api-api berterbangan di angkasa
Layang-layang yang tidur di wayar elektrik itu datang dari Negara Cina pada musim sejuk
Bukit bukau di kawasan itu tidak dilitupi oleh tumbuhan tebal
Apabila buah padi mula timbul orang-orang dipasang di setiap sudut sawah itu.

b. Tentukan makna kata ganda dalam ayat-ayat berikut:

Orang-orang dibuat daripada baju buruk bagi menakutkan burung
Negara Malaysia kaya dengan hasil-hasilan buminya.
Mereka miskin harta benda, tetapi kaya dengan sahabat-sahabat.
Pelajar-pelajar maktab dikehendaki berpakaian kemas apabila keluar dari asrama.
Langit-langit budak itu penuh dengan kudis.
Roda itu mempunyai jejari yang diperbuat daripada aluminium.


c. beri bentuk gandaan kata nama berikut:

hasil
asal
sahabat
pemuda
ibu
datuk


Golongan kata

Dalam bahasa Melayu terdapat dua kumpulan kata, iaitu:
I. Kata isian (kumpulan yang terbuka kerana sentiasa berkembang)
II. Kata tugas (kumpulan kata tertutup seperti dan, itu, amat, walaupun, sekiranya, dan sebagainya.
Kata-kata boleh digolongkan berdasarkan faktor sintaksis dan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat iaitu:
I. Kata nama
II. kata kerja
III. kata adjektif
IV. kata tugas
Kata nama, kata kerja dan kata adjektif ialah kata isian yang terbuka
Golongan kata nama

Subgolongan
ciri
jenis
contoh
Nama khas
Hidup
Manusia
Ali, Fatimah, Tun Abdul Razak, Hang Jebat, Aziz Osman
Bukan manusia
Bujang senang, Si Tompok, Pak Belang
Tak hidup

Gunung Kinabalu,
Gua Musang, Sabak Bernam, Proton Saga, Waja, Wira.
Nama am
Konkrit


Kepala, meja, pelajar, ketua, kapal terbang

Abstrak

Harapan, kemahuan, kecuaian,keberanian, kesenangan, dengki.
Ganti nama
Penunjuk


Ini, itu


Tanya

Siapa, apa, mana

Diri
Orang pertama

Saya, beta, aku, patik, kami, kita
Orang kedua

Awak, kamu, engkau anda, saudara, saudari, tuan hamba.
Orang ketiga
Ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

Golongan Kata Kerja (KK)

Kata kerja (KK) merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.




subgolongan
Ciri
jenis
Contoh
Tak transitif
-Tidak memerlukan objek untuk melengkapkannya.
-Tetapi ada yang memerlukan pelengkap.
Tak berpelengkap
- Tidak memerlukan pelengkap
Tak Transitif Tak Berpelengkap
- Rumah itu sudah roboh
- Turunnya Union Jack, jalur Gemilang pula yang berkibar

Berpelengkap
- memerlukan pelengkap
Tak transitif Berpelengkap
- keadaan Halim bertambah parah
- Air sungai beransur surut
Transitif
- memerlukan objek atau penyambut.
Aktif
Transitif Aktif
Menulis, menampar, memakan
Pasif
Transitif Pasif
Ditulis oleh/dengan, ditampat. Dimakan oleh/dengan

Golongan kata adjektif

Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.

Jenis
Contoh
Sifat
Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
warna
Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat
ukuran
Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis
bentuk
Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.
waktu
Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
jarak
Dekat, hampir, jauh
cara
Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
Pancaindera
- rasa
- pandang
- dengar
- bau
- sentuh
Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licin
Adjektif perasaan
Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.


Tip
Kata adjektif dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar
Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.

Adjektif perasaan harus diiktui oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya.
Contoh:
Saya sangat segan dengan awak
Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia
Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka.

Golongan Kata Tugas

Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu. Jadual berikut menjelaskan fungsi kata tugas.

Contoh
subgolongan
Tugas
Dan, atau, tetapi, serta
Kerana, ketika, kalau
Gabungan
hubungan
Menghubungkan ayat atau klausa.
Aduh, amboi, wah syabas, oh, cis
Kata seru
Menunjukkan seruan
Mengapa bila, berapa, bagaimana
Kata tanya
Menyoal atau bertanya
Jangan, usah,
sila, jemput
tolong, minta, harap
Kata perintah
Larangan
Silaan
permintaan
Menimbulkan
Tindakan balas
Ya, benar, betul
Kata pembenar
Membenarkan sesuatu
Maka, hatta, adapun, syahdan
Kata pangkal ayat
Menandakan kesinambungan ayat
Telah, sudah, pernah, masih, sedang, tengah, akan belum.
Hendak, mahu ingin, harus, mesti, boleh, dapat.
Kata bantu
Membantu frasa-frasa kerja, adjektif, sendi nama.
Amat, sangat, sekali, terlalu, paling, sungguh, benar, nian.
Kata penguat
Menguatkan maksud suatu adjektif
-kah, -tah, -lah, juga, pun, hanya, memang, lagi
Kata penegas
Menegaskan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat
Bukan
tidak
Kata nafi
Menafikan sesuatu
Ialah
adalah
Kata pemeri
Memerikan hal atau merangkaikan subjek dengan predikat.
Di, ke, daripada, antara, untuk, bagi, akan, terhadap, oleh, seperti, umpama, bagai.
Kata sendi nama
Pelbagai tugas bagi kata atau frasa nama
Atas, bawah, sisi, depan, belakang, hadapan, , dalam luar, samping, timur, barat.
Kata arah
Menunjukkan arah atau hala

Satu, dua, sepuluh, seratus, sejuta
Banyak, sedikit, beberapa, semua, para
Sekalian, segala, seluruh
Sesetengah, separuh, dua pertiga, sepertiga
Kedua-dua, bertahun, berbakul-bakul, beratus-ratus.
Kata bilangan
Menerangkan bilangan atau jumlah
-nya
Kata penekan
Memberi penegasan bagi kata yang digandingi
-nya
Kata pembeda
Menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama

Kata hubung

Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk.
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.

Kata hubung gabungan
Kata hubung pancangan
1. Mengubungkan klausa-klusa yang sama tarafnya
2. Contoh kata: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
3. Contoh ayat:

i. Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
ii. ``Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
iii. Dia mengelak, lantas menikam.
Pancangan relatif
Pancangan komplemen
Pancangan keterangan
-menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh:
i. Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
ii. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
iii. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.


-Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Kompelen bermaksud pelengkap).

-Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama.

-Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

i. Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
ii. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
iii. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
-Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.
-Kata hubung itu ialah:kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata,kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.

i. Mereka tidak dibenarkan masuk ke stadium kerana tidak memiliki tiket yang sah.


Kata Kata Seru

Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.
Contoh:
Wah, cantiknya kereta baru kamu!
Aduh, sakitnya hatiku!
Syabas, anda baru sahaja menerima RM1 juta!


Penting: Kata seru diguna sebelum klausa, dan kata seruan pada penghujung ayat, sebagai penutup ayat seruan itu.
Kata Tanya

Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat.
Jika predikat didepankan, maka kata tanya hendaklah disertai oleh partikal –kah.
Lihat contoh-contoh berikut:

Harga rumah baru kamu berapa?
Berapakah harga rumah baru kamu?

Kemalangan itu berlaku bagaimana?
Bagaimanakah kemalangan berlaku?

Ayat Perintah


Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan. Kaji contoh berikut:

Jenis perintah
Kata perintah
Contoh penggunaan
Larangan
Jangan, usah
Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah komunis.

Usah pergi ke sungai yang dalam airnya.
Silaan
Sila, jemput
Sila menjamu selera.

Jemput ke rumah saya malam esok, ada kenduri kawin
Permintaan
Tolong, minta
Tolong jangan cemarkan nama baik diri sendiri.

Minta bersihkan meja awak.

Kata Bantu


Kata bantu hadir sebelum frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam ayat.
Kata jenis ini membantu menerangkan aspek waktu dan ragam perasaan.

Kata Bantu
Kata bantu aspek
Kata bantu ragam
Memperihalkan masa lampau, kini, atau masa hadapan.
Memperihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan.
Contohnya: telah, sudah, sedang, masih, akan, belum.
Contohnya: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat.

Kata penguat
Kata penguat bertugas menguatkan maksud kata adjektif.
Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Berdasarkan pada kedudukan ini, kata penguat terbahagi kepada tiga jenid iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.
Kaji contoh-contoh di bawah dengan teliti:
Jenis kata penguat
kata penguat
contoh penggunaan
Hadapan
paling, terlalu, agak
Awak yang paling pintar dalam kelas ini.
Teknik yang awak gunakan untuk menyelesaikan rumus Matematik itu terlalu rumit.

Belakang
sekali, benar, nian
Permata yang termahal sekali diletakkan di ruangan khas itu.
Tanpa kebenaran ketua, awak telah bercuti lama benar.

Bebas
amat, sangat, sungguh
Hujan lebat amat
Hujan amat lebat
Badang kuat sangat
Badang sangat kuat
Ibu letih sangat semalam.
Semalam ibu letih sangat.
Kata Penegas
Kata Penegeas atau partikel bertugas menekankan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Menurut fungsinya sebagai penegas, kata tugas ini boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu kata penegas frasa predikat sahaja atau bahagian-bahagian dalam predikat dan kata penegas frasa subjek atau frasa apredikat.
Rajah di bawah merumuskan jenis kata penegas dan penggunaannya.
Jenis Kata Penegas
Kata Penegas
Contoh Penggunaan
Frasa predikat atau bahagian dalam predikat
-kah, -tah, - lah
Siapakah yang memakai baju merah itu?
Yang itulah murid baru sekolah ini.
Apatah usaha kita menghidupkan semula pekan teater ini.
Frasa subjek atau frasa predikat
juga, pun, hanya, lagi, memang, sahaja
Pegawai juga mesti hadir (subjek)
Pegawai mesti hadir juga (predikat)
Adiknya pun jurutera. (subjek)
Adiknya jurutera juga (predikat)

Kata Nafi
Kata nafi bertugas menafikan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam predikat.
Ada dua kata nafi iaitu bukan dan tidak.
Kata Nafi
Contoh
bukan
Universiti swasta itu hanya menawarkan kursus-kursus sains, bukan seperti universiti awam yang menawarkan berbilang kursus.
Perdana Menteri berjumpa Bush, bukan Powell
tidak
Meritokrasi tidak membebankan mana-mana pihak
Tulisan oleh penulis sensasi itu tidak benar langsung.
Kata Pemeri
Kata pemeri bertugas merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek.
Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
ialah
adalah
Digunakan sebelum predikat untuk menandakan persamaan antara frasa subjek dean frasa utama dalam predikat.
contoh: Tindakan kerajaan menetapkan mata wang ialah usaha melindungi ekonomi negara daripada serangan luar.
Digunakan sebelum predikat sebagai huraian bagi frasa subjek.
Frasa predikat biasanya menjawab soalan ``apakah''
Contoh: Makanan seimbang adalah makanan yang diambil secara sederhana serta pelbagai jenis.

Kata Sendi Nama
Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
Kata tugas lain tidak membentuk frasa
Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi Nama
Tugas/contoh
di
Menunjukkan tempat (di pejabat)
Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci)
ke
Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)
Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)

dari
Menunjukkan tempat atu arah datang
Menunjukkan waktu atau masa

kepada
Menunjukkan sasaran/ditujukan
Menunjukkan bahagian sesuatu
Menunjukkan perubahan keadaan
daripada
Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri)
Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)
Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada)
pada
Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)
Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)
Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam)
untuk
Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)
Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)
bagi
Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid)
Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang.
demi
menunjukkan tujuan
menunjukkan urutan
Untuk menegaskan sesuatu
tentang
Menunjukkan rujukan
dengan
Menunjukkan turut serta
Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan
Menunjukkan benda yang digunakan
Menunjukkan persamaan
sejak, semenjak
Menjadi penanda waktu atau masa
terhadap
Menunjukkan rujukan yang tentu
oleh
Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif
Menunjukkan sebab
akan
Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif
hingga, sampai
Menunjukkan had masa atau peringkat
seperti, bagai, umpama, laksana, bak
Menunjukkan perbandingan


Kata Bilangan
Kata bilangan menerangkan bilangan atau jumlah sesuatu,. Lihat penjenisan kata bilangan seperti rajah di bawah:
Jenis
kata bilangan
bilangan tentu
satu, dua, tiga empat...
bilangan tak tentu
banyak semua segala
bilangan himpunan
kedua-dua, beratus-ratus
bilangan pecahan
setengah, dua pertiga
bilangan pisahan
tiap-tiap, masing-masing, setap
Kata bilangan biasanya berpasangan dengan penjodoh bilangan sebagai penerang kepada kata nama.

contoh:
Datukku berjalan dengan sebatang tongkat.
Kata penekan -nya
Kata penekan -nya berfungsi menegaskan kata yang digabungkan dengannya.
Lihat contoh-contoh di bawah.
Nampaknya masih ada yang belum membayar saman kesalahan jalan raya.
Awak sebenarnya masih belum membereskan hutang bank.
Kata Pembenda
Kata -Nya adalah juga kata pembenda, yakni berfungsi menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama. Ia boleh menjadi kata adjektif dan kata kerja sebagai kata nama, misalnya:
Sedihnya perasaan saya tidak dapat digambarkan. (Kata sedih ialah kata adjketif; pembeda -nya menjadikannya kata nama.
Sintaksis

§ Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
§ Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
§ Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
§ Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
§ Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.
§ Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
§ Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.

Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Ahmad
mengulangkaji tatabahasa
Frasa Nama
Frasa Kerja
FN + FN
Cikgu
ke sekolah
Frasa Nama
Frasa Sendi Nama
FN + FS
Fatimah
amat rajin
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN + FA
Ah Chong
seorang usahawan
Frasa Nama
Frasa Nama
FN + FN

Frasa
§ Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
§ Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
§ Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
§ Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.


Binaan Ayat
Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.
Perhatikan contoh di bawah:

Subjek
Subjek
Bah. Ayat
Unsur
Bah. Ayat
Unsur
Ah Tian

guru senaman

Tipah

membeli gula

Suara ketua pengawas itu

serak-serak basah

Munainady

menoreh getah


Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
Perhatikan ayat berikut:
Pelajar itu membaca buku.

Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).
Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:
Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Pola Ayat Dasar
Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.
Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)
Lihat contoh berikut:
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Jamilah
pengurus sumber manusia
Frasa Nama
Frasa Nama
FN+FN
Atan
budak pandai
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN+FA



Frasa Nama

Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan.
Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.
Contoh:
Bas awam
Basikal adik
Basikal Raleigh
Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal.
Kata yang menyusul ialah penerang frasa.

Rumus Frasa Nama (FN)
Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya - pisang goreng
Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.
Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:

Frasa Nama
Nota
Penerang
Inti
Perdana
Menteri
Penerang nama jawatan
Tuan
Ahmad
Penerang gelaran/panggilan
Timbalan
Menteri Pelancongan
Penerang nama jawatan

Frasa Nama

Nota

Bilangan
Penjodoh bilangan
inti
Lapan
bilah
pedang
Penerang kata bilangan dan penjodoh bilangan
Semua
-
murid
Penerang kata bilangan
Enam
ekor
buaya
Kata bilangan dan penjodoh bilangan

Selain daripada susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang.
Contoh:
Inti
Penerang Adjektif
Penerang Kata Nama/Frasa Nama
Penentu belakang
Kereta
berkilat
ayah
itu

Frasa Kerja (FK)
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa kerja
Frasa Kerja Transitif
Frasa Kerja Tak Transitif
(i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Frasa kerja tak transitif berpelengap
(i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan)
Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan
tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada.

contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Subjek
Predikat
Nota
Frasa Nama
Frasa kerja
Kata bantu
Kata kerja
Keterangan
Lelaki itu
sedang
makan
di atas meja.
maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.
Cikgu
masih
menulis
di papan hitam.
bayi itu
sedang
merangkak
dengan laju.
Jamal
akan
datang
esok
Khatib
sedang
berkhutbah
di surau

contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap

Subjek
Predikat
Nota
Frasa nama
Frasa kerja
Kata bantu
Kata kerja
pelengkap
Penerang
keterangan
Mereka
akan
pulang
ke rumah
secepat mungkin
dalam minggu ini
pelengkap frasa sendi nama
Ahmad
ingin
menjadi
penyanyi
yang terkenal
di negara ini
pelengkap kata nama
Saya

tinggal
di Klang


Pelengkap frasa sendi nama
Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.
Contoh:
Subjek
Predikat
Nota
Penguat hadapan
Kata Adjektif
Penguat Belakang
Ahli Gusti itu
sungguh
handal


Ali
sangat
pandai


Awak

hebat
betul

Frasa sendi nama


Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama.
Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu
Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia hanya wujud bersama frasa nama.
Contoh:

Subjek
Predikat
Frasa sendi nama
Kata bantu
Kata sendi nama
Kata arah
Frasa nama
Alias

dari
arah selatan
Tanjung Malim
Rombongan sekolah
akan
ke

Menara Kuala Lumpur
Kedai Pak Abu

di
depan
masjid
Klausa

Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.
Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang wajib untuk status ayat.
Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
Klausa bebas.
Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut:

Klausa
Ayat
Subjek
Predikat
Subjek
Predikat
budak itu
mendengar radio
Budak itu
mendengar radio
ujian tadi
amat susah
Ujian tadi
amat susah
jambatan itu
jambatan kayu
Jambatan itu
jambatan kayu
mereka
ke pantai
Mereka
ke pantai

Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali.
Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan nokhta, manakala klausa tidak.

Klausa Tak Bebas
Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat.
Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.
Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan denganteliti terlebih dahulu.
Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga.
Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.
Kalau hujan turun berlarutan, penoreh getah akan menghadapi masalah kewangan.

Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancanan dan ayat campuran.
Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas.
Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.
Penjenisan Ayat

Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.
Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.
Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.
Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan.
Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.

Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).
Ibu negara kita Kuala Lumpur
Gunung KInabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara
Di dalam almari tali leher ayah
Nama encik siapa?
Berapakah keuntungan kita hari ini?

Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
Ayat Majmuk Gabungan


Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan sebagainya.
Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa.
Cuba teliti contoh di bawah.
(1) Aminah pandai menyanyi dan menari
(2) Aminah pandai menyanyi
(3) Aminah pandai menari
Ayat yang (1) berasal daripada ayat (2) dan (3).
Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.
Klausa (2) dan (3) sama tarafnya iaitu klausa utama.
Lihat contoh berikut pula:
(1) Pengetahuan beliau sempit, kupasan-kupasannya cetek, serta contoh-contohnya pula tidak menarik.
(2) Pengetahuan beliau sempit
(3) Kupasannya cetek
(4) Contoh-contohnya pula tidak menarik.

Ayat (1) berasal daripada daripada ayat-ayat (1), (2) dan (3).
Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung ``serta.''
Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa utama.
Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan .
Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan.
Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan .
Ayat Majmuk Pancangan


Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.
Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.
Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.


Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Relatif
Ayat Komplemen
Ayat Keterangan
Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil.
Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung.
Perhatikan contoh berikut:
1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.
(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman
(3) Kanak-kanak itu cedera

Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.

Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.
Perhatikan contoh berikut:
Dia memberitahu sesuatu
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``giginya sakit'' atau ``membeli baju baru'' atau ``akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.
Dia memberitahu giginya sakit
Dia memberitahu membeli baju baru
Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.
Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif.
Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama.

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.
Contoh:
Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.
Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman.
Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman.
Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.
Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan:
kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.

Perhatikan pula contoh yang berikut:
(1). Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka mengintai orang kampung itu.
(2) Atan menampar budak itu.
(3) Atan cepat naik angin
(4) Budak itu suka mengintai orang kampung.

Ayat (3) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam ayat (1) dan ayat (4) dipancangkan kepada objek ayat utama.
Kesimpulanya, ayat (1) terdiri daripada satu ayat utama dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat utama.
Lihat contoh berikut:

Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``Mancis api'' atau ``pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.
Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.
Lihat contoh berikut:
Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``Mancis api'' atau ``pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.
Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.

Perhatikan lagi contoh berikut:
(1) Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan
(2) Jefri membeli novel Samad Said
(3) Novel Samad Said baru dipasarkan.
Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang.

Ayat Majmuk Campuran


Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.
Biasanya, ayat jenis ini panjang.
Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.

contoh 1:
Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1).
(Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu; atau dua ayat utama dan satu ayat kecil.

contoh 2:
Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampun (U3).
(Ayat campuran terdiri daripada tiga ayat utama dan satu ayat kecil)

contoh 3:
Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1) walaupun penduduk di situ cuba mengawal api (K2).
(Ayat campuran yang mengandungi satu klausa utama dan dua ayat kecil; atau ayat tunggal dengan ayat keterangan waktu dan keterangan pertentangan).

contoh 4:
Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara (U1) dengan meluaskan pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain menyediakan infrastruktur negara (U2).
(Ayat campuran yang terdiri daripada ayat gabungan ayat keterangan cara).
Susunan ayat
Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang mendirika ayat tetpi juga dari segi susunan unsur-unsur itu.
JIk dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa.
Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang.
Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Adik-adik saya mandi lagi di sungai itu.
Mandi lagi adik-adik saya di sungai itu (FK mandi lagi didepankan).

Ahmad ke Langkawi dengan keluarganya.
Ke Langkawi Ahmad dengan tunangnya (FS ke Langkawi didepankan).
Jenis ayat

Jenis Ayat (mengikut tujuan ayat)
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Silaan
Ayat Permintaan
Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan.
contoh:
Mereka berkumpul di padang sekolah.
Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu
Bangunan sekolah sudah tua.
Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.

Untuk bertanya atau menyoal.
Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
i. Ayat tanya tanpa kata tanya
contoh:
Dia ke kedai lagi?
Dr. Mahathir ke White House?
Perempuan tua itu ibunya?.

ii. Ayat tanya dengan kata tanya atau sendi nama
contoh:
Cikgu kamu siapa?
Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel)
Saudari tinggal di mana?
Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya dengan partikel)
Cikgu kamu siapa?
Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel)
Saudari tingal di mana?
Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya degan partikel)


Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orangkedua.
Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan, dan permintaan.
Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan sebagainya.

Ayat silaan iaah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila.
Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
contoh:
Sila jawap surat ini sekarang
Silalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut)

Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan minta.
Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat.


Ragam Ayat
Dalam penggolongan kata, kata kerja terdiri daripada dua jens, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.
Kata kerja tak transitif ini pula ada dua bentuk, iaitu aktif dan pasif.
Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikt yang mengandungi objek.
Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif.
Di samping itu, ayat aktf yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang pertama ( seperi saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak, kamu, engkau, anda) , kata ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada dasar kata kerja.

Ayat Aktif
Ayat Pasif
Subjek
Predikat
Subjek
Predikat
Frasa Nama
Kata kerja
Frasa Nama (Objek)
Frasa Nama
Kata Kerja
Frasa Nama (Objek)
Cikgu
memotong
rumput
Rumput
dipotong
oleh cikgu
Kereta itu
melanggar
tembok
Tembok itu
terlanggar
oleh kereta itu
Kucing itu
meratah
ayam goreng itu
Ayam goreng itu
kena ratah
oleh kucing itu
Ayat aktif mementingkan frasa nama yang menjadi subjek, iaitu cikgu, kereta itu dan kucing itu.
Ayat yang sama apabila dipasifkan, mementingkan objek ayat aktif , yakni rumput, tembok itu dan ayam goreng itu, dan oleh sebab itu, objek tadi dijadikan subjek ayat pasif. (lihat jadual di atas)
Dalam hal ini berlaku perubahan peranan kepada frasa nama.

Ayat songsang

Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan predikatnya untuk menjadi ayat songsang. LIhat jadual di bawah:
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Subjek
Predikat
Subjek
Predikat
Saya
mengarang puisi malam ini
Puiis ini
saya karang semalam
Awak
mengukus kek itu untuk cikgu
Kek itu
awak masak untuk cikgu
Kami
menanam pokok-pokok bunga itu
Pokok-pokok bunga itu
kami tanam
Ayat boleh disongsangkan seperti berikut:
Saya karang puisi ini semalam
Awak masak kek itu untuk cikgu
Kami tanam pokok-pokok bunga itu.

Ayat-ayat berkenaan di atas bukan ayat tranditif aktif.
Kata ganti nama diri saya, awak, dan kami bukan subjek ayat berkenaan.
Subjek ayat berkenaan ialah puisi, kek dan pokok-pokok bunga.
Ayat-ayat ini ialah ayat pasif songsang.
Predikat ayat-ayat berkenaan dicetak miring.


Semantik


Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik.
Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.
Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.
Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.

Kajian mengenai makna kata boleh dibahagikan kepada aspek-aspek berikut
a, makna denotasi dan dan makna konotasi
b. Makna dalam konteks
c. Hubungan makna dengan kebudayaan
d. Perubahan makna
e. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat.
Secara umunya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks.
Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna perkataan.
Otak kita menjadi stor kepada kata-kata yang bermakna ini .
Storan maklumat serta morfem ini kita panggil leksikon atau kosa kata.
Lihat contoh ayat berikut.
Ayah saya pemandu

Kata
Ciri
ayah
(i) manusia
(ii) lelaki
(iii) dewasa
(iv) bapa kepada anak

Kata
Ciri
saya
(i) ganti nama
(ii) manusia
(iii) orang yang berkata

Kata
ciri-ciri
pemandu
(i) manusia
(ii) membawa kenderaan
(iii mempunyai lesen
Ciri ialah maklumat mengenai semantik perkataan.
Ciri semantik kata ini terdapat dalam leksikon seseorang.
Satu lagi ciri semantik ialah rujukan.
Teliti ayat berikut:
Orang itu pengarah syarikat
Orang itu abang saya

Seungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya, tetapi kedua-dua ayat membuat rujukan yang sama kepada orang yang sama.
Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan, ujaran berkenaan tidak akan difahami sungguhpun ujaran berkenaan diungkapkan menurut peraturan tatabahasa bahasa Melayu.

Makna denotasi dan konotasi
Makna dalam konteks
Hubungan makna dengan kebudayaan
Perubahan makna
Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik
denotasi ialah makna tersurat
Denotasi juga dikenali sebagai makna kamus, makna kognitif, makna rujukan, makna konseptual dan makna ideasional
Contoh:
Ayam tambatan: Ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau lain-lain alat pengikat.
Konotasi pula ialah makna tambahan, atau makna tersirat.
Contoh:
Ayam tambatan: Orang harapan/penting di dalam satu kumpulan, pasukan.
Istilah lain untuk konotasi ialah emotif atau makna evaluatif
Terdapat kata-kata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang sama, tetapi makna konotasi yang berbeza.
Contoh:
Kata wafat, mati, meninggal dunia, mampus membawa maksud denotasi yang sama iaitu jasad dan roh terpisah.
Tetapi dari segi denotasi, wafat untuk tokoh-tokoh ulama terhormat dan disegani, meninggal dunia untuk sebutan yang sopan, mati untuk sebutan umum dan mampus untuk sebutan yang lebih kasar.


Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya.
Contoh:
1. Awak betul-betul hati batu ( hati membawa maksud degil, tetap pendirian)
2. Sedap betul makan hati dengan nasi beriyani. (Hati membawa maksud organ haiwan yang menjadi hidangan yang menyelerakan)
3. Berhati-hati di jalan raya. (Hati bermaksud berwaspada di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan).
Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatu masyarakat.
Contoh:
Engkau/kau: digunakan dalam hubungan yang rapat yang tidak formal dan untuk menimbulkan kemesraan.
Awak/anda: Digunakan dalam hubungan biasa (anda lebih rasmi).
Tuanku: Digunakan oleh orang biasa untuk merendah diri apabila berhubung dengan golongan raja.




Makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubunan sosial masyarakat.
Contoh:
rawat: Makna umum menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna baru meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).

Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim, antonim, hiponim, meronim, polisim, homonim, homofon dan homograf.
Sinonim - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Contoh:
sang suria = matahari
hangat = panas
Antonim - merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan.
Contoh:
Pandai lawannya bodoh
Putih lawannya hitam.

Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.
Contoh:
kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang)
Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan)
Meronim - Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada.
Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi meronim kepada perkataan kereta.
Polisim - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak.
Contoh: Kata mentah mempunyai set makna yang berikut:
Belum masak atau masih muda/putik (buah-buahan)
Tidak masak betul (barang yang dimasak)
Tidak atau belum dimasak (barang makanan)
Belum diproses (bahan galian dan sebagainya)
Belum matang pemikiran.
Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza.
Contoh:
pasang I - jodoh atau kelamin
pasang II - naik atau bertambah (air laut)
pasang III - tembak (meriam)
pasang IV - berhias (badan)
Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
i. homofon - kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna.
contoh: massa denan masa
ii. homograf - kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza.
Gejala ini timbul kerna huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet.
Contoh:
semak (belukar) dengan semak (meneliti atau memeriksa semula).
bela-memelihara
bela-menuntut bela/balas
pelekat-kain sarung
pelekat-gam
Homonim - mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa.
contoh:
daki I - kotoran
daki II - panjat



Perubahan Makna

Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit.
Berlaku juga pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa.
Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna.

Peluasan makna
Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatu kata.

Penyempitan makna
Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, kontes dan pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata sehingga menjadi khusus.

Pemindahan makna
Pemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan.
Bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada peribahasa dan bukan peribahasa.